Thursday, August 5, 2010

RENTETAN PERISTIWA BESAR - TANAH SUCI MEKKAH

Data ini di ambil sewaktu Kursus Intensif Haji di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat pada 04/05 Ogos 2010 (Tabung haji). Sekiranya ada kesilapan dalam merekodkan data, ini adalah dari kesilapan saya sendiri.

1979
152 mati - Peristiwa Tawan Masjidil Haram

1987
402 mati - Pertempuran jemaah IRAN dan Saudi

1989
500 mati - Khemah terbakar di Mina

1990
1426 mati - Rempuhan dalam terowong

1994
270 mati - Terpijak di Mina

1995
300 mati - Kebakaran di Mina

1997
343 mati - Perangkap dalam kebakaran di Mina

1998
118 mati - Ketika melontar

2001
350 mati - Merempuh semasa melontar

2003
140 mati - Semasa melontar

2004
244 mati - Semasa melontar jamrah banjir di Muassim pada hari tasyrik

2005
76 mati - Tertimpa runtuhan bangunan

2007
Runtuhan batu di bangunan Jadariyah diakhir musim

2009
Hujan lebat pada 8 Dzulhijah

Natijah dari tahun yang dipaparkan di atas menunjukkan banyak kejadian peristiwa berlaku semasa jemaah hari berada di Mina. Kerajaan Arab Saudi telah memainkan peranan dengan menaikkan taraf kawasan melontar Jamrah maka kejadian peristiwa yang tidak diingini tidak lagi berlaku di Mina semenjak dari tahun 2005. Marilah sama sama kita berdoa kesejahteraan keselamatan kepada semua jamaah Haji yang menunaikan Haji.

JANGKAAN JADUAL PENERBANGAN HAJI 1431 HIJRAH

01. Jangkaan Kursus Haji Perdana Selangor - 25/26 September 2010
02. Jangkaan Penerbangan Pertama KT01 - 9 Oktober 2010
03. Jangkaan Penerbangan Akhir - 09 November 2010
04. Jangkaan Wukuf - 15 November 2010
05. Jangkaan Penerbangan Balik Pertama - 22 November 2010
06. Jangkaan Penerbangan Balik Akhir - 22 Disember 2010

Thursday, July 22, 2010

PAKU & DURO

Intro:
PAKU nie Paku lah.
DURO nie salah satu jenama tayar motosikal.

Bukan salah paku tetapi salah mereka yang tidak bertanggungjawap yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Duro yang tak tau apa-apa hanya redha apabila mengolek di atas paku yang tidak mengerti apa-apa.

Kejadian ini terjadi kepada tuan empuya Duro pada tanggal 22 July 2010 selepas jam 1 petang apabila melalui lebuhraya utara selatan pada kelajuan 120km/sejam.

Dari jauh lagi terlihat kelibat seorang hamba Allah memberi isyarat tangan supaya jangan memasuki susur motosikal di TOL Sungai Besi. Kenapa ya detik di hati kecil ini, kebetulan pulak ternampak kelibat Cikgu Polis berjalan menghampiri kearah hambah Allah itu. Mungkin ada road block di hadapan dalam laluan sempit ini.

Selalunya road block di buat terlindung sedikit dari laluan utama. Apa bila dah hampir baru nampak kelibat Polis. Waktu itu dah tak sempat untuk berpatah balik bagi yang tidak mempunyai roadtax dan lesen mati.Itulah taktik Polis bila membuat road block pada tuan empunya motosikal.

Sambung semula cerita PAKU dan DURO.

Nak tahu kenapa! Rupa-rupanya berkilo kilo paku telah ditaburkan pada laluan masuk susur motosikal di Tol Sungai Besi. Bukan nya satu dua tetapi banyak amat banyak sehingga menutupi jalan laluan tersebut. Angarannya mungkin 2-3 kilo paku yang telah digunakan.

Orang yang buat ini memang creative, paku yang seinchi itu dikerat kepala nya barulah di taburkan di atas jalan raya. Jadi apabila paku menusuk tayar teruslah tayar itu “TERKENTUT” samaada kuat ataupun berdesir perlahan-lahan.

Terdapat 5 paku yang masih baru menusuk DURO aku setelah melalui jalan itu, hanya 4 aje yang “TERKENTUT” bila dicabut. Pakunya masih baru berkilat dan tanpa kepala.
Setiap tampalan harganya RM5 jadi jumlah kesemuanya RM20.

Duro ini yang baru diganti berharga RM85. Jadi dalam masa tidak sampai sebulan kos tayar telah menjadi RM105. Ingatkan nak jimatkan kos tetapi ianya menjadi equal dengan tayar yang di tukar sebelum ini. FKR RM105.

Kesimpulannya Paku tidak salah begitu juga dengan Duro. Yang salah siapa ya! Manusia yang tamak haloba yang inginkan kekayaan di atas kesusahan orang lain.

Sekian.

Monday, March 22, 2010

Kelirukan Mata Anda


What Do You See? A: Face B:Cup C: Both
Apakah yang anda lihat dalam imej ini? A:Wanita tua B:Wanita muda C:Wanita tua&muda D:Saya tidak tahu

Bunga

Bunga Kemboja
Bunga Keladi Agas


Bunga Kangkong



Tuesday, April 14, 2009

PATIN DAMAK

Perjalanan dari Pulau Sepom ke Pulau Sayak mengambil masa 25 minit dengan kelajuan 60-70km/jam.

Ianya akan melalui Pekan Tikam Batu dan Pekan Kuala Muda seterus merentasi Sungai Emas sebelum tiba di destinasi itu Pulau Sayak.

Dalam perjalanan kami ada melalui Kg Permatang Pasir iaitu kampong Datuk K iaitu suami kepada Dato Siti Nurhaliza. Juga nostalgia sekolah lama aku iaitu Sekolah Kebangsaan Tikam Batu yang meninggalkan banyak kenangan di masa silam.

Kali ini setiap detik aku tidak dapat merakamkan kerana kamera digital aku tiba-tiba mengalami sedikit masaalah teknikal dan kemungkinan besar kena mengantikan dengan unit yang baru.
Pulau Sayak ini terkenal dengan tempat meneropong anak bulan apabila tiba bulan Syawal ataupun Ramadhan.

Bagi kaki pancing ianya merupakan salah satu tempat memancing yang menyeronokkan. Samada hendak memancing di tepi pantai iaitu Kampong Pulau sayak atau terus ke Pulau Sayak. Jika air suruh boleh mengharungi benteng pasir untuk memancing di Pulau tersebut. Jika air telah pasang kenalah mengambil service bot yang bayarannya sekitar RM3-RM10 seorang ianya bergantung lokasi memancing di kawasan mana di pulau tersebut.

Ikan yang paling famous bagi kaki pancing di sini ialah ikan PATIN DAMAK yang harganya mencecah RM15 sekilo. Yang lain tu adalah seperti ikan gelama dan ikan kapas. Saiz ikannya sederhana sahaja kerana kawasan persisiran pantai.

Kesempatan ini aku dapat turut serta bersama-sama dengan kawan abang ku selama hampir 3 jam cuba cuba belajar memancing. Tetapi seekor ikan pun tidak menjamah mata kail aku.
Selepas itu aku dan abang terus ke KUALA iaitu tempat jualan ikan berbisik. Perjalanannya mengambil masa 15 minit dari kampong Pulau Sayak. Di sini aku berjaya memperolehi udang/ketam setelah harga yang aku bisik itu yang tertinggi sekali. Ini kali kedua aku berjaya dalam bisik membisik membeli ikan.

Disini tidak di benarkan terus membeli ikan terus daripada nelayan, yang mana nelayan akan terus menjual tangkapan melalui jualan bisik membisik. Kalau nak juga mestilah slow talk dengan tuan punya bot atau pun tekong. Aku sempat berbual dengan salah seorang nelayan yang kebetulan aku nak membeli sedikit ikan fresh dari botnya. Hasil tangkapan ini akan di jual dahulu kepada peraih untuk mendapatkan modal minyak dan gaji perkerjanya. Setelah itu barulah ia akan menjual kepada pembeli “sekilo dua aja”. Aku dapatlah habuan ikan setelah menanti agak lama juga dengan bayaran RM10 sebanyak 3 kilo ikan kembong fresh berjaya dibawa pulang.