Tuesday, April 14, 2009

PATIN DAMAK

Perjalanan dari Pulau Sepom ke Pulau Sayak mengambil masa 25 minit dengan kelajuan 60-70km/jam.

Ianya akan melalui Pekan Tikam Batu dan Pekan Kuala Muda seterus merentasi Sungai Emas sebelum tiba di destinasi itu Pulau Sayak.

Dalam perjalanan kami ada melalui Kg Permatang Pasir iaitu kampong Datuk K iaitu suami kepada Dato Siti Nurhaliza. Juga nostalgia sekolah lama aku iaitu Sekolah Kebangsaan Tikam Batu yang meninggalkan banyak kenangan di masa silam.

Kali ini setiap detik aku tidak dapat merakamkan kerana kamera digital aku tiba-tiba mengalami sedikit masaalah teknikal dan kemungkinan besar kena mengantikan dengan unit yang baru.
Pulau Sayak ini terkenal dengan tempat meneropong anak bulan apabila tiba bulan Syawal ataupun Ramadhan.

Bagi kaki pancing ianya merupakan salah satu tempat memancing yang menyeronokkan. Samada hendak memancing di tepi pantai iaitu Kampong Pulau sayak atau terus ke Pulau Sayak. Jika air suruh boleh mengharungi benteng pasir untuk memancing di Pulau tersebut. Jika air telah pasang kenalah mengambil service bot yang bayarannya sekitar RM3-RM10 seorang ianya bergantung lokasi memancing di kawasan mana di pulau tersebut.

Ikan yang paling famous bagi kaki pancing di sini ialah ikan PATIN DAMAK yang harganya mencecah RM15 sekilo. Yang lain tu adalah seperti ikan gelama dan ikan kapas. Saiz ikannya sederhana sahaja kerana kawasan persisiran pantai.

Kesempatan ini aku dapat turut serta bersama-sama dengan kawan abang ku selama hampir 3 jam cuba cuba belajar memancing. Tetapi seekor ikan pun tidak menjamah mata kail aku.
Selepas itu aku dan abang terus ke KUALA iaitu tempat jualan ikan berbisik. Perjalanannya mengambil masa 15 minit dari kampong Pulau Sayak. Di sini aku berjaya memperolehi udang/ketam setelah harga yang aku bisik itu yang tertinggi sekali. Ini kali kedua aku berjaya dalam bisik membisik membeli ikan.

Disini tidak di benarkan terus membeli ikan terus daripada nelayan, yang mana nelayan akan terus menjual tangkapan melalui jualan bisik membisik. Kalau nak juga mestilah slow talk dengan tuan punya bot atau pun tekong. Aku sempat berbual dengan salah seorang nelayan yang kebetulan aku nak membeli sedikit ikan fresh dari botnya. Hasil tangkapan ini akan di jual dahulu kepada peraih untuk mendapatkan modal minyak dan gaji perkerjanya. Setelah itu barulah ia akan menjual kepada pembeli “sekilo dua aja”. Aku dapatlah habuan ikan setelah menanti agak lama juga dengan bayaran RM10 sebanyak 3 kilo ikan kembong fresh berjaya dibawa pulang.