Tuesday, April 14, 2009

PATIN DAMAK

Perjalanan dari Pulau Sepom ke Pulau Sayak mengambil masa 25 minit dengan kelajuan 60-70km/jam.

Ianya akan melalui Pekan Tikam Batu dan Pekan Kuala Muda seterus merentasi Sungai Emas sebelum tiba di destinasi itu Pulau Sayak.

Dalam perjalanan kami ada melalui Kg Permatang Pasir iaitu kampong Datuk K iaitu suami kepada Dato Siti Nurhaliza. Juga nostalgia sekolah lama aku iaitu Sekolah Kebangsaan Tikam Batu yang meninggalkan banyak kenangan di masa silam.

Kali ini setiap detik aku tidak dapat merakamkan kerana kamera digital aku tiba-tiba mengalami sedikit masaalah teknikal dan kemungkinan besar kena mengantikan dengan unit yang baru.
Pulau Sayak ini terkenal dengan tempat meneropong anak bulan apabila tiba bulan Syawal ataupun Ramadhan.

Bagi kaki pancing ianya merupakan salah satu tempat memancing yang menyeronokkan. Samada hendak memancing di tepi pantai iaitu Kampong Pulau sayak atau terus ke Pulau Sayak. Jika air suruh boleh mengharungi benteng pasir untuk memancing di Pulau tersebut. Jika air telah pasang kenalah mengambil service bot yang bayarannya sekitar RM3-RM10 seorang ianya bergantung lokasi memancing di kawasan mana di pulau tersebut.

Ikan yang paling famous bagi kaki pancing di sini ialah ikan PATIN DAMAK yang harganya mencecah RM15 sekilo. Yang lain tu adalah seperti ikan gelama dan ikan kapas. Saiz ikannya sederhana sahaja kerana kawasan persisiran pantai.

Kesempatan ini aku dapat turut serta bersama-sama dengan kawan abang ku selama hampir 3 jam cuba cuba belajar memancing. Tetapi seekor ikan pun tidak menjamah mata kail aku.
Selepas itu aku dan abang terus ke KUALA iaitu tempat jualan ikan berbisik. Perjalanannya mengambil masa 15 minit dari kampong Pulau Sayak. Di sini aku berjaya memperolehi udang/ketam setelah harga yang aku bisik itu yang tertinggi sekali. Ini kali kedua aku berjaya dalam bisik membisik membeli ikan.

Disini tidak di benarkan terus membeli ikan terus daripada nelayan, yang mana nelayan akan terus menjual tangkapan melalui jualan bisik membisik. Kalau nak juga mestilah slow talk dengan tuan punya bot atau pun tekong. Aku sempat berbual dengan salah seorang nelayan yang kebetulan aku nak membeli sedikit ikan fresh dari botnya. Hasil tangkapan ini akan di jual dahulu kepada peraih untuk mendapatkan modal minyak dan gaji perkerjanya. Setelah itu barulah ia akan menjual kepada pembeli “sekilo dua aja”. Aku dapatlah habuan ikan setelah menanti agak lama juga dengan bayaran RM10 sebanyak 3 kilo ikan kembong fresh berjaya dibawa pulang.

Wednesday, February 11, 2009

“Better than Smart Tag” radio system by USM

Universiti Sains Malaysia has developed as integrated radio frequency identification (RFID) system to detect objects at a distance.

School of Electrical and Electronic Engineering lecturer Dr Widad Ismail developed the contactless 2.45 GHz active integrated RFID system with a RM2 million grant from the Science, Technology and Innovation Ministry.
She said the battery-powered system can detect objects within a range of 30 meters indoors and 45 meters outdoors.

“This system can be used for monitoring or tracking assets, such as mechanical equipment and laptops, as well as people, for example hospital patients and babies, in real time.

“The best thing about this system is that it is contactless, which means it does not require a manual touch. The system can detect any object or human within any range even when there are obstacles in the way.”

Widad said the active RFID could replace the Smart Tag and Touch ‘n Go systems currently used for toll collection.

She said the Smart Tag system uses infrared, has a smaller range of between three and five meters, and it goes from point to point.

She said she plans to approach Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Expressway Sdn Bhd and propose the usage of the active RFID system.
She added that three firms have expressed interest in signing on as investors.

New StraitsTime 20 Prime News Thursday, February 12,2009

Monday, February 9, 2009

Henti sambut Hari Valentine



Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk megisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.


Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ”Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):”Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (Al- Baqarah: 120).

Maka dengan itu Umat Islam perlu mengelak daripada turut meraikan hari kekasih kerana ia tidak dianjurkan oleh ajaran Islam.

Sebahagian Petikan dari Utusan Malaysia. Isnin 9 Februari 2009 (Agama Mega ms 15) Oleh Mohd. Yaakub Yunus.

Saturday, February 7, 2009

LTdL 2009

Adakah anda di sana masih lagi mengingati "Basikal Tua"? Pernah suatu ketika dulu ianya merupakan kebangaan sesiapa aje yang memilikinya.

Sehinggakan di lagukan oleh penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang berjodol " Basikal Tua".

Basikal ini semuanya di perbuat dari besi kecuali tayar, brek pad, sarung tempat duduk (dari kulit) dan sarong pemegang handle. Yang lain tu biasalah lampu dan aksesorinya. 95% dari besi tulen.

Lampunya pula di nyalakan oleh dinamo yang di letakkan di belakang atau di depan tayar basikal. Menyala hanya apabila tayar basikal di gerakkan.

Sekarang nie kalau nampak pun hanya di gunakan oleh penjual "carpet" dan pemotong rumput dari Pakistan yang bergerak dari satu rumah ke rumah untuk menjual produk "carpet" atau menjalankan aktiviti memotong rumput mereka.

Kalau anda di sana nak tahu kenapa mereka ini hanya menggunakan basikal tua ?

Luuuu pikirlah sendiri ....heeeee.



Peringkat 4 : Laluan Melaka - Bandar Baru Bangi sejauh 221.0km pada 12 Feb 2009.




Laluan LTdL 2009 dekat tetapi mencabar . Ianya di perkenalkan pada 1996

Perlumbaan berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-14, akan menampilkan 120 pelumba handalan dunia mewakil 20 pasukan dari 35 negara, dari 9 hingga 15 Februari ini.

Perlumbaan LTdL kali ini merangkumi jarak sejauh 1,029.9km melalui tujuh peringkat laluan bermula di Putrajaya ke Senawang dengan peringkat akhir acara kriterium Kuala Lumpur pada 15 Feb ini.

Dua puluh pasukan yang mengesahkan penyertaan ialah pasukan profesional jelajah, BBOX Bouygues Telecom (Perancis), AG2r La Mondiale (Perancis), Garmin Slipstream (Amerika Syarikat), Fuji Servetto (Sepanyol). Pasukan profesional benua pula terdiri, CSF Group - Navigare (Ireland), Serramenti PVC (Venezuela), ISD (Itali) Cervelo Test Team (Switzerland), Voralberg (Austria).

Pasukan bertaraf benua yang akan mengambil bahagian ialah Seoul Cycling (Korea Selatan), EQA-Meitan Hompo (Jepun), MNCF (Malaysia), Letua (Malaysia) Doha (Qatar).

Sementara pasukan kebangsaan pula ialah Malaysia, Australia, Afrika Selatan, China, Iran dan Kazakhstan.

BERTEMU DENGAN RAJA LAWAK 3 - 2009



Tujuh Haribulan Dua, Dua Ribu Sembilan Hari Sabtu.


Selesai membeli keperluan rumah di pasaraya terkemuka, kami sekeluarga terus menuju ke masjid Sg Ramal Luar untuk menunaikan fardhu Maghrib.

Oleh kerana aku telah berjanji dengan anak-anak dan isteriku untuk makan malam di luar selepas selesai menunaikan Solat Maghrib sekitar jam 8 malam aku pun terus memandu ke arah Bandar Kajang. (hasrat di hati nak pekena Sate Kajang)

Tiba tiba seratus meter dari masjid aku ternampak Restoran Perantau yang terletak bersebelahan Lebuhraya Silk iaitu di susur keluar dari Masjid Sungai Ramal Luar. Secara spontan terus bertanya anak-anak/isteriku, “macam mana ni, kita makan kat sini aje lah”. ”Boleh juga ayah”, kedengaran sahutan dari kiri dan kanan aku. Apa lagi kebetulan waktu itu ramai juga pelanggan yang sedang menjamu selera. Mujur jugalah masih ada tempat untuk aku pakir kereta ku yang comel nie.

Sedang kami menjamu selera tiba-tiba isteriku mencuit tanganku ingatkan nak order makanan tambahan maklumlah selepas membeli belah selera makan pun mungkin bertambah. Cuma berbisik memberitahu ada dua orang peserta ”Raja Lawak 3” ( LNJ) baru memasuki ke dalam restoran yang sama ini. Kebetulan pula mereka memilih meja di hadapan kami.

Sejurus selepas itu tiga orang lagi peserta ”Raja Lawak 3” ( Amir, Chot dan Sepah) telah datang turut serta bersama dengan LNJ. LNJ ini sorang asal dari Padang Kota Lama Penang dan yang satu lagi dari Pekan Kuah Langkawi.

Aku mengambil kesempatan ini berbual dan bergambar bersama mereka.





Monday, January 26, 2009

MARI BELAJAR BAHASA PERLIS

Aku pun tak lah pandai berbahasa Perlis nie. Aku Orang Kedah Asli bukan Orang Asli Kedah jangan salah sangka pulak. Jadi loghat kedah aku pekat juga laaaa.

Kali nie apa kata kita sama sama berkongsi bahasa ….Kita belajaq bahasa Perlis. Bahasa Perlis lembut sungguh kalau nak belajaq kena lah betui betui pasang telinga..ada note tinggi ada rendah kalau silap haribulan sebutan tak akan menjadi sampai bila bila.

Cubalah datang melawat negeri Perlis dan ambil kesempatan mendekati orang orang lama pasti anda akan menghargai khazanah bangsa Melayu Kita iaitu Bahasa Melayu Perlis.

Dalam TV/ Layar Perak belum ada lagi di tonjolkan bahasa Perlis, cuma yang popular bahasa Boria/Penang, Kedah, Kelantan, Jawa dan KL.

Oleh itu maka dengan ini mari lah kita mempelajari nya……….

DAMUIH bermaksud kotor; comot; belemoih
Anak anak jangan main dalam parit, banyak seluit nanti damuih habih baju raya, esok nak pakai lagi.

DAIN bermaksud Daun (Dain Gelengang)
Kutit dain gelengang dua tiga lai habuan nak buat ubat panau. Upaq di tangan lepas tu tenyeh di tempat gatai.

TIK bermaksud tak
Tik mau makan, peruit kenyang makan puluit banyak sangat.

NAT bermaksud Pasar pagi
Kita beli ikan temenum, charu di nat Balai Baru. Apa dia buah ketela nie tak penah degaq pun dalam khamus pun gak ada pak. Buah ketela adalah papaya hehehehe……
Ada banyak nat di Perlis ni antaranya Nat Batu Dua, Nat Bukit Keteri, Nat Mata Ayer, Nat Simpang Kuala, Nat Titi Chai, lagi nak habaq pun tak tau dah banyak sungguh nat di Perlis nih.

LAIT bermaksud Laut
Pi kola makan laksa beluit di kedai tepi lait boleh order sotun celup tepung, sedap ooooo.

AYER HANGAT bermaksud Air Kopi O
Mai singgah sat, minum ayer hangat cicah dengan biskut kering.

Nama tempat di Perlis nie lain dari yang lain antaranya
· Wang Kelian
· Padang Besar
· Gua Kelam
· Jejawi
· Hutan Aji
· Behor Pulai
· Behor Lateh
· Behor Inai
· Behor Temak
· Gonchar
· Seriap
· Beseri
· Titi Tinggi
· Batu Bertangkup
· Guar Sanji
. Padang Melangit

Ini lah Negeri Perlis Indra Kayangan.

Sunday, January 25, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 26/01/2009

Seperti kebiasaan pada setiap kali menyambut hari perayaan tak kira lah apa apa perayaan peranan SMS adalah penting untuk mengucapkan SELAMAT.

Jika di imbas 10 tahun dahulu POSMEN berperanan untuk menyampaikan kad ucapan dalam berbagai keadaan. Dahulunya alamat perlu di ingati tetapi sekarang hanya perlu menghafal digit digit ataupun sekadar alamat email dan perantaraannya sama ada handphone ataupun PC/Note Book ucapan boleh di hantar di hujung jari.

Tetapi keseronokannya berlainan........kad ucapan! SMS! email!...... Yang mana satu lebih teruja.

Seperti kebiasaannya setiap kali perayaan saya juga akan menghantar SMS kepada sahabat-sahabat atau pun kenalan yang rapat. Pada kali ini saya hanya berkesempatan menghantar kepada 5 orang sahaja kebetulan digit digit masih lagi berada di dalam handphone saya.

Ucapan saya hanya sebegini ringkas "Ismail n family Wishes you a Chinese New Year and have a Wonderful Holiday." Ia nya di hantar kepada TE, KP, CDG GH and OP.

Setiap SMS saya di jawap seperti berikutnya.......

1. TE "Tq,Ismail. Wish u n family healthy n happy always. Enjoy ur holidays too!"
2. KP "Hi bro, thank you and we wish you a happy holiday too. Catch up with you after holiday ya...:)"
3. CDG "Thank you Ismail. Wish you best of health and happy 2009."
4. GH "thanks.ismail.wish u and your family enjoy the holiday and happy!
5. OP "TQ.Selamat Menyambut Tahun Baru Lembu"

Inilah di katakan sahabat, mereka mereka ini sentiasa menghantar SMS kepada saya pada setiap kali menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Waktu menerimanya perasaan seronok bukan kepalang lagi kerana mereka ini masih mengingati kita.


Adakah anda di luar sana mengalami keadaan seperti ini !!

Saturday, January 17, 2009

Janda Baik Pahang (15hb - 17hb January 2009)


Aku berpeluang menghadiri satu kursus yang diadakan di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik.
Janda Baik merupakan salah satu kampong yang terletak di pinggir Banjaran Titiwangsa Pahang Malaysia. Udaranya nyaman sekali dengan suhu dingin membuatkan terasa seperti berada di kampong halaman sekitar tahun 60an dahulu dan amat sesuai untuk lari dari hiruk pikok kota metropolitan yang serba mencabar.
Perjalanannya mengambil masa hampir 45 minit dari Kota Metropolitan dengan melalui Lebuh Raya Karak. Kebanyakan pelancung sering pergi ke Janda Baik kerana cuacanya yang sejuk dan nyaman , sungainya, air terjunnya dan perkemahannya…. Aktiviti memancing tak pastilah pulak tetapi sewaktu meninggalkan Janda Baik ada ternampak kaki pancing membawa joran. Kalau ikutkan kaki pancing lopak yang ada air pun boleh dilabuhkan jorangnya. Itulah sedikit info untuk pengetahuan yang belum pergi ke Janda Baik.

Selama 3 hari 2 malam ini banyak pengisian & ilmu yang aku dapat. Antaranya yang aku belajar adalah:-
1. Kena belajar bersangka baik sesama sendiri
2. Kena hormat menghormati sesama sendiri
3. Bekerja di dalam kumpulan dan tidak boleh mementingkan diri sendiri
4. Kena menghormati pendapat orang walaupun ianya kuli
5. Dan banyak lagi……..

Kemudahan penginapan di sini amat teruja kerana persekitaran amat bersih yang mana ianya di jaga dengan begitu baik sekali. Setiap Chaletnya bersih di lengkapi dengan permaidani, hawadingin, astro dan Air Panas (hot Shower). Sejadah dan Al-Quran juga di sediakan. Sebuah surau juga disediakan yang dilengkapi dengan kemudahan untuk kesenangan solat berjemaah.

Bersambung………..