Saturday, January 17, 2009

Janda Baik Pahang (15hb - 17hb January 2009)


Aku berpeluang menghadiri satu kursus yang diadakan di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik.
Janda Baik merupakan salah satu kampong yang terletak di pinggir Banjaran Titiwangsa Pahang Malaysia. Udaranya nyaman sekali dengan suhu dingin membuatkan terasa seperti berada di kampong halaman sekitar tahun 60an dahulu dan amat sesuai untuk lari dari hiruk pikok kota metropolitan yang serba mencabar.
Perjalanannya mengambil masa hampir 45 minit dari Kota Metropolitan dengan melalui Lebuh Raya Karak. Kebanyakan pelancung sering pergi ke Janda Baik kerana cuacanya yang sejuk dan nyaman , sungainya, air terjunnya dan perkemahannya…. Aktiviti memancing tak pastilah pulak tetapi sewaktu meninggalkan Janda Baik ada ternampak kaki pancing membawa joran. Kalau ikutkan kaki pancing lopak yang ada air pun boleh dilabuhkan jorangnya. Itulah sedikit info untuk pengetahuan yang belum pergi ke Janda Baik.

Selama 3 hari 2 malam ini banyak pengisian & ilmu yang aku dapat. Antaranya yang aku belajar adalah:-
1. Kena belajar bersangka baik sesama sendiri
2. Kena hormat menghormati sesama sendiri
3. Bekerja di dalam kumpulan dan tidak boleh mementingkan diri sendiri
4. Kena menghormati pendapat orang walaupun ianya kuli
5. Dan banyak lagi……..

Kemudahan penginapan di sini amat teruja kerana persekitaran amat bersih yang mana ianya di jaga dengan begitu baik sekali. Setiap Chaletnya bersih di lengkapi dengan permaidani, hawadingin, astro dan Air Panas (hot Shower). Sejadah dan Al-Quran juga di sediakan. Sebuah surau juga disediakan yang dilengkapi dengan kemudahan untuk kesenangan solat berjemaah.

Bersambung………..

1 comment:

Imran Yusuf said...

Bagus, semoga selepas ini boleh update blog dengan lebih kerap; sebab sudah banyak modal yang diperoleh setelah berkursus 3 hari dua malam itu...

:)