Thursday, July 22, 2010

PAKU & DURO

Intro:
PAKU nie Paku lah.
DURO nie salah satu jenama tayar motosikal.

Bukan salah paku tetapi salah mereka yang tidak bertanggungjawap yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Duro yang tak tau apa-apa hanya redha apabila mengolek di atas paku yang tidak mengerti apa-apa.

Kejadian ini terjadi kepada tuan empuya Duro pada tanggal 22 July 2010 selepas jam 1 petang apabila melalui lebuhraya utara selatan pada kelajuan 120km/sejam.

Dari jauh lagi terlihat kelibat seorang hamba Allah memberi isyarat tangan supaya jangan memasuki susur motosikal di TOL Sungai Besi. Kenapa ya detik di hati kecil ini, kebetulan pulak ternampak kelibat Cikgu Polis berjalan menghampiri kearah hambah Allah itu. Mungkin ada road block di hadapan dalam laluan sempit ini.

Selalunya road block di buat terlindung sedikit dari laluan utama. Apa bila dah hampir baru nampak kelibat Polis. Waktu itu dah tak sempat untuk berpatah balik bagi yang tidak mempunyai roadtax dan lesen mati.Itulah taktik Polis bila membuat road block pada tuan empunya motosikal.

Sambung semula cerita PAKU dan DURO.

Nak tahu kenapa! Rupa-rupanya berkilo kilo paku telah ditaburkan pada laluan masuk susur motosikal di Tol Sungai Besi. Bukan nya satu dua tetapi banyak amat banyak sehingga menutupi jalan laluan tersebut. Angarannya mungkin 2-3 kilo paku yang telah digunakan.

Orang yang buat ini memang creative, paku yang seinchi itu dikerat kepala nya barulah di taburkan di atas jalan raya. Jadi apabila paku menusuk tayar teruslah tayar itu “TERKENTUT” samaada kuat ataupun berdesir perlahan-lahan.

Terdapat 5 paku yang masih baru menusuk DURO aku setelah melalui jalan itu, hanya 4 aje yang “TERKENTUT” bila dicabut. Pakunya masih baru berkilat dan tanpa kepala.
Setiap tampalan harganya RM5 jadi jumlah kesemuanya RM20.

Duro ini yang baru diganti berharga RM85. Jadi dalam masa tidak sampai sebulan kos tayar telah menjadi RM105. Ingatkan nak jimatkan kos tetapi ianya menjadi equal dengan tayar yang di tukar sebelum ini. FKR RM105.

Kesimpulannya Paku tidak salah begitu juga dengan Duro. Yang salah siapa ya! Manusia yang tamak haloba yang inginkan kekayaan di atas kesusahan orang lain.

Sekian.