Monday, January 26, 2009

MARI BELAJAR BAHASA PERLIS

Aku pun tak lah pandai berbahasa Perlis nie. Aku Orang Kedah Asli bukan Orang Asli Kedah jangan salah sangka pulak. Jadi loghat kedah aku pekat juga laaaa.

Kali nie apa kata kita sama sama berkongsi bahasa ….Kita belajaq bahasa Perlis. Bahasa Perlis lembut sungguh kalau nak belajaq kena lah betui betui pasang telinga..ada note tinggi ada rendah kalau silap haribulan sebutan tak akan menjadi sampai bila bila.

Cubalah datang melawat negeri Perlis dan ambil kesempatan mendekati orang orang lama pasti anda akan menghargai khazanah bangsa Melayu Kita iaitu Bahasa Melayu Perlis.

Dalam TV/ Layar Perak belum ada lagi di tonjolkan bahasa Perlis, cuma yang popular bahasa Boria/Penang, Kedah, Kelantan, Jawa dan KL.

Oleh itu maka dengan ini mari lah kita mempelajari nya……….

DAMUIH bermaksud kotor; comot; belemoih
Anak anak jangan main dalam parit, banyak seluit nanti damuih habih baju raya, esok nak pakai lagi.

DAIN bermaksud Daun (Dain Gelengang)
Kutit dain gelengang dua tiga lai habuan nak buat ubat panau. Upaq di tangan lepas tu tenyeh di tempat gatai.

TIK bermaksud tak
Tik mau makan, peruit kenyang makan puluit banyak sangat.

NAT bermaksud Pasar pagi
Kita beli ikan temenum, charu di nat Balai Baru. Apa dia buah ketela nie tak penah degaq pun dalam khamus pun gak ada pak. Buah ketela adalah papaya hehehehe……
Ada banyak nat di Perlis ni antaranya Nat Batu Dua, Nat Bukit Keteri, Nat Mata Ayer, Nat Simpang Kuala, Nat Titi Chai, lagi nak habaq pun tak tau dah banyak sungguh nat di Perlis nih.

LAIT bermaksud Laut
Pi kola makan laksa beluit di kedai tepi lait boleh order sotun celup tepung, sedap ooooo.

AYER HANGAT bermaksud Air Kopi O
Mai singgah sat, minum ayer hangat cicah dengan biskut kering.

Nama tempat di Perlis nie lain dari yang lain antaranya
· Wang Kelian
· Padang Besar
· Gua Kelam
· Jejawi
· Hutan Aji
· Behor Pulai
· Behor Lateh
· Behor Inai
· Behor Temak
· Gonchar
· Seriap
· Beseri
· Titi Tinggi
· Batu Bertangkup
· Guar Sanji
. Padang Melangit

Ini lah Negeri Perlis Indra Kayangan.

Sunday, January 25, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 26/01/2009

Seperti kebiasaan pada setiap kali menyambut hari perayaan tak kira lah apa apa perayaan peranan SMS adalah penting untuk mengucapkan SELAMAT.

Jika di imbas 10 tahun dahulu POSMEN berperanan untuk menyampaikan kad ucapan dalam berbagai keadaan. Dahulunya alamat perlu di ingati tetapi sekarang hanya perlu menghafal digit digit ataupun sekadar alamat email dan perantaraannya sama ada handphone ataupun PC/Note Book ucapan boleh di hantar di hujung jari.

Tetapi keseronokannya berlainan........kad ucapan! SMS! email!...... Yang mana satu lebih teruja.

Seperti kebiasaannya setiap kali perayaan saya juga akan menghantar SMS kepada sahabat-sahabat atau pun kenalan yang rapat. Pada kali ini saya hanya berkesempatan menghantar kepada 5 orang sahaja kebetulan digit digit masih lagi berada di dalam handphone saya.

Ucapan saya hanya sebegini ringkas "Ismail n family Wishes you a Chinese New Year and have a Wonderful Holiday." Ia nya di hantar kepada TE, KP, CDG GH and OP.

Setiap SMS saya di jawap seperti berikutnya.......

1. TE "Tq,Ismail. Wish u n family healthy n happy always. Enjoy ur holidays too!"
2. KP "Hi bro, thank you and we wish you a happy holiday too. Catch up with you after holiday ya...:)"
3. CDG "Thank you Ismail. Wish you best of health and happy 2009."
4. GH "thanks.ismail.wish u and your family enjoy the holiday and happy!
5. OP "TQ.Selamat Menyambut Tahun Baru Lembu"

Inilah di katakan sahabat, mereka mereka ini sentiasa menghantar SMS kepada saya pada setiap kali menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Waktu menerimanya perasaan seronok bukan kepalang lagi kerana mereka ini masih mengingati kita.


Adakah anda di luar sana mengalami keadaan seperti ini !!

Saturday, January 17, 2009

Janda Baik Pahang (15hb - 17hb January 2009)


Aku berpeluang menghadiri satu kursus yang diadakan di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik.
Janda Baik merupakan salah satu kampong yang terletak di pinggir Banjaran Titiwangsa Pahang Malaysia. Udaranya nyaman sekali dengan suhu dingin membuatkan terasa seperti berada di kampong halaman sekitar tahun 60an dahulu dan amat sesuai untuk lari dari hiruk pikok kota metropolitan yang serba mencabar.
Perjalanannya mengambil masa hampir 45 minit dari Kota Metropolitan dengan melalui Lebuh Raya Karak. Kebanyakan pelancung sering pergi ke Janda Baik kerana cuacanya yang sejuk dan nyaman , sungainya, air terjunnya dan perkemahannya…. Aktiviti memancing tak pastilah pulak tetapi sewaktu meninggalkan Janda Baik ada ternampak kaki pancing membawa joran. Kalau ikutkan kaki pancing lopak yang ada air pun boleh dilabuhkan jorangnya. Itulah sedikit info untuk pengetahuan yang belum pergi ke Janda Baik.

Selama 3 hari 2 malam ini banyak pengisian & ilmu yang aku dapat. Antaranya yang aku belajar adalah:-
1. Kena belajar bersangka baik sesama sendiri
2. Kena hormat menghormati sesama sendiri
3. Bekerja di dalam kumpulan dan tidak boleh mementingkan diri sendiri
4. Kena menghormati pendapat orang walaupun ianya kuli
5. Dan banyak lagi……..

Kemudahan penginapan di sini amat teruja kerana persekitaran amat bersih yang mana ianya di jaga dengan begitu baik sekali. Setiap Chaletnya bersih di lengkapi dengan permaidani, hawadingin, astro dan Air Panas (hot Shower). Sejadah dan Al-Quran juga di sediakan. Sebuah surau juga disediakan yang dilengkapi dengan kemudahan untuk kesenangan solat berjemaah.

Bersambung………..