Monday, January 26, 2009

MARI BELAJAR BAHASA PERLIS

Aku pun tak lah pandai berbahasa Perlis nie. Aku Orang Kedah Asli bukan Orang Asli Kedah jangan salah sangka pulak. Jadi loghat kedah aku pekat juga laaaa.

Kali nie apa kata kita sama sama berkongsi bahasa ….Kita belajaq bahasa Perlis. Bahasa Perlis lembut sungguh kalau nak belajaq kena lah betui betui pasang telinga..ada note tinggi ada rendah kalau silap haribulan sebutan tak akan menjadi sampai bila bila.

Cubalah datang melawat negeri Perlis dan ambil kesempatan mendekati orang orang lama pasti anda akan menghargai khazanah bangsa Melayu Kita iaitu Bahasa Melayu Perlis.

Dalam TV/ Layar Perak belum ada lagi di tonjolkan bahasa Perlis, cuma yang popular bahasa Boria/Penang, Kedah, Kelantan, Jawa dan KL.

Oleh itu maka dengan ini mari lah kita mempelajari nya……….

DAMUIH bermaksud kotor; comot; belemoih
Anak anak jangan main dalam parit, banyak seluit nanti damuih habih baju raya, esok nak pakai lagi.

DAIN bermaksud Daun (Dain Gelengang)
Kutit dain gelengang dua tiga lai habuan nak buat ubat panau. Upaq di tangan lepas tu tenyeh di tempat gatai.

TIK bermaksud tak
Tik mau makan, peruit kenyang makan puluit banyak sangat.

NAT bermaksud Pasar pagi
Kita beli ikan temenum, charu di nat Balai Baru. Apa dia buah ketela nie tak penah degaq pun dalam khamus pun gak ada pak. Buah ketela adalah papaya hehehehe……
Ada banyak nat di Perlis ni antaranya Nat Batu Dua, Nat Bukit Keteri, Nat Mata Ayer, Nat Simpang Kuala, Nat Titi Chai, lagi nak habaq pun tak tau dah banyak sungguh nat di Perlis nih.

LAIT bermaksud Laut
Pi kola makan laksa beluit di kedai tepi lait boleh order sotun celup tepung, sedap ooooo.

AYER HANGAT bermaksud Air Kopi O
Mai singgah sat, minum ayer hangat cicah dengan biskut kering.

Nama tempat di Perlis nie lain dari yang lain antaranya
· Wang Kelian
· Padang Besar
· Gua Kelam
· Jejawi
· Hutan Aji
· Behor Pulai
· Behor Lateh
· Behor Inai
· Behor Temak
· Gonchar
· Seriap
· Beseri
· Titi Tinggi
· Batu Bertangkup
· Guar Sanji
. Padang Melangit

Ini lah Negeri Perlis Indra Kayangan.

2 comments:

Imran Yusuf said...

Kalau minum ayer hangat kat Batu Bertangkup dan Gua Kelam, tentu ayer hngat nampak lagi gelap oo.. (ada sesuai ka ayat ni?? ha ha ha..)

ZBA said...

Ada crita mak mertua suruh menantu dia pi ambik buat 'ketela' kat belakang rumah nak buat sayoq...sampai malam dok cari tak jumpa apa benda buah ketela.

*ketela = betik (papaya)