Saturday, February 7, 2009

BERTEMU DENGAN RAJA LAWAK 3 - 2009



Tujuh Haribulan Dua, Dua Ribu Sembilan Hari Sabtu.


Selesai membeli keperluan rumah di pasaraya terkemuka, kami sekeluarga terus menuju ke masjid Sg Ramal Luar untuk menunaikan fardhu Maghrib.

Oleh kerana aku telah berjanji dengan anak-anak dan isteriku untuk makan malam di luar selepas selesai menunaikan Solat Maghrib sekitar jam 8 malam aku pun terus memandu ke arah Bandar Kajang. (hasrat di hati nak pekena Sate Kajang)

Tiba tiba seratus meter dari masjid aku ternampak Restoran Perantau yang terletak bersebelahan Lebuhraya Silk iaitu di susur keluar dari Masjid Sungai Ramal Luar. Secara spontan terus bertanya anak-anak/isteriku, “macam mana ni, kita makan kat sini aje lah”. ”Boleh juga ayah”, kedengaran sahutan dari kiri dan kanan aku. Apa lagi kebetulan waktu itu ramai juga pelanggan yang sedang menjamu selera. Mujur jugalah masih ada tempat untuk aku pakir kereta ku yang comel nie.

Sedang kami menjamu selera tiba-tiba isteriku mencuit tanganku ingatkan nak order makanan tambahan maklumlah selepas membeli belah selera makan pun mungkin bertambah. Cuma berbisik memberitahu ada dua orang peserta ”Raja Lawak 3” ( LNJ) baru memasuki ke dalam restoran yang sama ini. Kebetulan pula mereka memilih meja di hadapan kami.

Sejurus selepas itu tiga orang lagi peserta ”Raja Lawak 3” ( Amir, Chot dan Sepah) telah datang turut serta bersama dengan LNJ. LNJ ini sorang asal dari Padang Kota Lama Penang dan yang satu lagi dari Pekan Kuah Langkawi.

Aku mengambil kesempatan ini berbual dan bergambar bersama mereka.





No comments: