Monday, February 9, 2009

Henti sambut Hari Valentine



Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk megisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.


Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ”Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):”Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (Al- Baqarah: 120).

Maka dengan itu Umat Islam perlu mengelak daripada turut meraikan hari kekasih kerana ia tidak dianjurkan oleh ajaran Islam.

Sebahagian Petikan dari Utusan Malaysia. Isnin 9 Februari 2009 (Agama Mega ms 15) Oleh Mohd. Yaakub Yunus.

No comments: